|
![]() ![]() ![]() (ape? ingat film je leh ade soundtrack?) Dan Masa Depan~~ ![]() Name: Elly*Limah*Saadiah
+BLOG KAWAN KTAM+ ![]() KORANG JANGAN WAT-WAT LUPE PLAK.. :-) ![]() +ORANG KURANG UPAYA (OKU)+ +MY LINK+
![]() Wanzu ![]() Jangan Macam-Macam ! Aku Lihat Kamu ![]() +THE PRAY+ Tunggu teduh dulu 1511H [Kombat]
|
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() ![]() "Sato Sensei, cikgu subjek Psikologi Sosial aku masa di Jepun dulu pernah berkata, senario penulisan nikki (diari) secara online di seluruh dunia sebenarnya menjadi ejen yang membantu masyarakat yang dilanda permasalahan dalam hidup. Sokongan moral dan semangat khalayak pembaca banyak membantu mereka untuk redha menghadapi kenyataan hidup." RUDY BLUEHIKARI Anda adalah pelawat yang ke ekor ikan kaloi sedang berenang-renang dalam akuarium :P |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
..:: AKHIRNYA, INILAH BERITANYA ::..
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 7:32:09 am bertarikh
Saturday, January 13, 2007(1) komen dah ade??? perghh! TaMaN LaNgiT ..:: ANTARA JANJI DAN MASA DEPAN ::.. Sebenarnye aku dalam DILEMA.. DILEMA.. DILEMA.. DILEMA.. DILEMA.. DILEMA.. DILEMA.. DILEMA.. DILEMA.. DILEMA.. dan tgh PENIN... PENIN... PENIN... PENIN... PENIN... PENIN... PENIN... PENIN... PENIN... Semoga Allah memberi jalan dan mempermudahkan jalan itu.. Aminn InsyaAllah.. *Tunggu berita terbaru dari aku.. daaaa....
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 4:19:13 pm bertarikh
Wednesday, January 10, 2007(1) komen dah ade??? perghh! TaMaN LaNgiT ..:: MUSIM MENGURUSKAN BERAT BADAN ::..
Nak dengar citer x? ceriter magik dari aku.. cerita yg x pernah aku terpikir nak cerita kat korg.. huhuhu.. begini.. Hurmm.. aku ni asik ade masalah je masa nak mulakan cerita, tp bila dah cerita, cam x leh nak benti la plak.. ok.. aku mulakan dari 2 minggu lepas.. tetiba sorg kawan aku ni menyatakan hasrat dia kat aku nak start diet yg dia pernah wat dulu masa study.. sbb masa sek dulu dia x ler mok mana.. tp masa sambung blajo kat U.. dia kata berat dia naik.. aku pon x jumpe dia masa berat dia naik dulu tuh.. tp dia kasi aku tgk pic dia.. haah la.. mmg besau.. aku kenal dia dari sek men.. then lepas blajo jumpe lak lagi kat opis yg sama.. x pecaya lak berat dia leh naik cam tuh.. nampak la besau.. So bila dia kata dia nak mula lagi diet tuh, aku pon nak try la ikot.. ye la.. dia nak tunang, nak ler kot turun lg sket even x de la berisi sgt dia tuh, tp perempuan.. kurus tu agak penting huhuhu.. 1. untuk keyakinan diri.. 2. untuk senang nak cari saiz baju 3. untuk pakwe/tunang/suami 4. untuk kesihatan 5. untuk x nampak seksi sgt kalau kai ju ketat.. kan ? kan? Cuba bandingkan org kurus cam linda on tu pakai baju ketat.. x de la nampak seksi sgt.. tp cuba tgk kalau farah AF masa dia tgh berisi dulu tuh kai ju keketat.. mesti nampak seksi .. huhuhu erkk ape citer seksi2 lak nih.. iskk.. pencemaran tol.. Berbalik pada cerita asal aku.. huhuhu ermm.. so bermula la program pengurusan berat badan aku ngan kawan aku tu bermula.. huhuhu.. syarat2nye..
giler x giler la aku 1st week tuh.. 1st day, ok.. aku leh handle lagik.. masuk 2nd day.. dah rasa len macam.. 3rd day plak aku dah rindu kat nasikkkk! Makan lauk je.. rasa cam mual.. tekak dah rasa cam kebas je.. asik makan lauk.. hanya makan protein.. langsung x amik kalori, ape lagi karbohidrat.. minum lak air nescafe pahit.. dah jadi cam org jepon kat sini lak aku rasa.. minum air nescafe pekat tanpa gula.. tp diorg x kurus pon.. lagi2 bos aku ni.. tambah2 boyot ade la heheheh.. tp.. x sampai seminggu aku wat diet tuh.. aku timbang berat.. dah turun hampir 3 kilo.. erkk.. biar betol.. ermm btol kot.. nak kata penimbang tu rusak, aku baru je beli.. ade warranty 18 bulan lak tuh penimbang tuh.. 2nd bukti, aku rasa jam aku pakai ni cam ske melorot lelebih kat lengan aku ni.. 3rd. Bukti.. suar aku cam nak kene pin lak.. 4th bukti kawan aku tego aku dah nampak kurus.. 5th bukti .. kawan aku lagi sorg pon tego.. 6th bukti, tunang aku pon tego.. errkk.. bior brtol huahuahuahuahua.. x sia2 aku bermual2 makan lauk je.. x sesia aku rindu2an kat nasik seminggu.. x sesia aku ignore adik2 aku makan beger, makan nasik, makan mee rebus, makan nasi goreng, makan nasi lemak kat umah.. lagi2 ler plak terkene ari raya aji masa tuh.. balik kg plak ade ketupat.. ada burasak.. arrkkkk.. mmg mencabar sungguh.. sekang dah nak masuk 2 minggu.. huhuhuh ok la kot.. skang try nak maintain.. je.. ntah bule x bule ni.. tp ok la.. keje pon x de la nak berat sgt.. bole la x makan nasik.. tp kalau keje aku angkat simen, angkat bata, hmm haruu gak.. tp kawan aku tu lg disiplin .. aku ni ade gak ler cecuri amik gula.. nasik 2-3 sudu.. ntah bape kilo la gaknye ekk dia dah ilang.. aku nak aim nak ilangkan lg 2 kilo nih.. chiayoookkk pada aku sendri.. !!! hmm ni la citer magik dari aku.. sekian macehhhhhhh.. tp x mo la jd cam org kat ataas tuh.. uwaaaaaaaa.. =)
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 3:16:38 pm bertarikh
Sunday, January 07, 2007(4) komen dah ade??? perghh! TaMaN LaNgiT ..:: APE KEJADAHNYE DENGAN DR. ROZAIDAH TALIB NI? ::.. Hmm kalau yg membangkang ni namanye Lin Liew Seng ke.. Sharmiladevi ke.. aku bule nak trima lagi.. hmmDenda pakaian seksi ganggu hak wanitaKUALA LUMPUR 6 Dis. – Jawatankuasa Caucus Parlimen Kesamaan Gender menganggap langkah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengenakan denda kepada wanita yang dianggap berpakaian menjolok mata sebagai mengganggu hak asasi kaum wanita. Pengerusinya, Dr. Rozaidah Talib berkata, pakaian merupakan hak individu dan pihak berkuasa tempatan tidak berhak mencampuri atau menentukan fesyen pakaian individu. ‘‘Banyak lagi benda lain tentang wanita yang boleh mereka bantu tetapi sekarang bukan mereka membantu malah menyusahkan lagi wanita. ‘‘Tafsiran pakaian menjolok mata adalah berbeza bagi setiap orang jadi bagaimana MPKB hendak menentukan wanita mana yang berpakaian seksi,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Tambahnya, langkah MPKB itu juga seperti mahu meletak semua kesalahan salah laku termasuk sekiranya berlakunya kes rogol, berpunca daripada wanita. Akhbar tempatan semalam melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak akan bertolak ansur lagi dengan para pekerja restoran dan pasar raya yang berpakaian menjolok mata dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500. Menurut Rozaidah, MPKB mempunyai hak bagi menguatkuasakan undang-undang kecil itu tetapi mereka perlu mengambil kira hak individu. ‘‘Kenapa perlu menguatkuasakan undang-undang yang menimbulkan konflik. Mereka ada kuasa, lebih baik buat yang berfaedah kepada semua rakyat Kelantan,” katanya. ASTAGHFIRULLAHALAZIM...
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 8:35:55 am bertarikh
Thursday, December 07, 2006(2) komen dah ade??? perghh! TaMaN LaNgiT ..:: N3 KALER MERAH SBB TGH MARAH.. HUHUHU ::.. Salam.. Aku x tau aa posa aku hari ni diterima ke x.. ntah Penat2 aku merempit bawak sampai cam kat hiway.. (sbb keta aku x leh nak lari laju, so aku bawak 110 je.. kang ade yg barai kang haiwan peliharaan aku tuh) .. tiba kat site 200 meter sblm guard post tu jem plak.. hadoi… hangin btol haku.. dgn x sempat makeupnye aku ni.. dia leh nak wat jem lak kat situ.. padahal nak cek id kad je.. pastu lg haku hangin.. eh dia leh nak gurau2 lak ngan aku, main halang2 depan keta aku.. aku x kesah la.. tp aku sempat gak sound bos guard tu.. memandangkan dia pon dok tercongok depan tuh.. aku cakap la.. "punch kad dah merah tau.. buat la dua line..cepat sket" huh tp aku sound cam leh wat sora cam x marah sgt la.. kire wat sora ngadu , x la wat sora org nak cari gado lak.. arrkkakaka.. Ye la.. mana x hangin je.. penat aku merempit.. sampai site, jem plak, jem yg bole dielakkan lak tuh.. vodo nye guard.. dah le bukak satu line je.. dah tu.. kat satu line tu.. dekat 10 org lak jaga.. nampak sgt vodo.. pastu kalau nak kene bukak2 bonet ke.. nak tgk pas ke.. nak cek kuku ke..nak cek mata ke.. nak cek barang kemas tulen ke zhulian ke.. nak kene cek bawak dadah ke, senjata api ke.. aku leh trima lagi.. ni x.. just nak cek pas keta ngan id pas.. tu pon stakat tunjuk pon dia kata ok jalan.. perghhh hangin giler gua.. dah x ingat arini gua puasa.. yg guard len2 tu leh plak nak sesenyum ngan gua.. ahh lepas ni x de la gua nak sesenyum ngan diorg.. vodo tahap cipan tol.. (korg sure ke posa aku arini leh guna lg?) Pastu mlm td aku p gym untuk pertama kalinya.. ajak Tadj n Malika.. sampai2 tgk Tadj sorg.. mallika x de.. aku dah agak dah.. minah tu.. iskk aku nak cakap pon kang penuh lak n3 aku kali ni.. nanti membawa kepada umptan lak.. yg pasti dia x dtg.. sbb tadj amik dia kol 8.15.. dah malam, dia nak tido, dah lewat sgt.. dia kata tadj amik dia tuh dah lewat .. perghh.. sape2 yg berkenan kat minah mallika ni sila la ngorat.. baik ni, kuat agama hindu ni.. x minum arak, x makan vavi.. tido awal, x social .. bujang lg.. umur 37.. sape nak ngorat tepon la ishi power sbb dia x de henpon.. pastu pg ni, dia byk tanye lak sal mlm td.. bg alasan mcm2 knp x jadi pegi.. haku dah hangin trus sound dia.. "dah aa mallika x yah cakap banyak, I tgh marah kat u ni ngan kat guard depan" trus aku blah p toilet makeup2 yg x sempat td.. huhuhu.. then balik meja smula aku cakap gak aa ngan mallika gelak2.. kang minah tuh trasa lak.. dia lain sket.. huhuhu.. Citer plak bab aku p gym.. of course for sure aku ngan tadj je pompuan kat situ.. tgk2 x de lak minah2 lain.. ok la.. x de hal la.. beranikan je la diri.. ade macam2 saiz badan org kat dlm tuh.. tp aku wat x nampak je aa diorg.. masuk2 je ade sorg instructor tu tunjuk ajar la sket.. dia kata lepas wat2 tu sume insyaAllah munkin pg ni aku akan sakit2 badan.. tp alhamdulillah x sakit lak.. ok je.. kire ok la.. mlm ni nak p lagi.. x de la rasa x selesa.. sbb mamat2 dalam tuh x la plak cam gatal2.. sume cam professional.. x kacau.. paling kuat pon diorg tgk2 je.. so x tau aa kalau aku jd penghuni tetap situ ngan tadj.. kalau korg nak ikot jom ahh.. gym kat tambak tuh.. heheheh jgn jeles aa kang aku ade six pack.. heheheh.. ade muscle kat tgn, kalah madona.. arrkakakakak.. Dah aaa aku nak sambung wat keje.. arini sato balik site.. huhuhu daaaaaa..
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 8:21:58 am bertarikh
Wednesday, November 08, 2006(2) komen dah ade??? perghh! TaMaN LaNgiT ..:: BILA JARI MULA MENARI… ::.. Dari sehari, jari ini ingin menari mengikut rentak sendiri, tetapi masa sungguh cemburu, juga kerja melambak2 (kunun la.. padahal keje delay2 mmg la melambak arrkkakaka) … maka hari ini dpt la aku mencoret seswatu yg lama terfikir.. karma, jika skali ku terfikir, maka ayat yg akan keluar, jari yg menari akan menjadi makin rancak, dan aku akui, jemariku sudah lama tidak serancak ini di atas keyboard.. Korg paham x ayat aku kat atas tuh? Kalau x paham maknanye, falsafah aku mmg tahap aura ke lapan la ni.. arrkkkaakakak.. hurmm ilmu jemari menari dan minda bergerak dah sampai tahap tertinggi ni.. Aku bukan nak cerita ape, kalau korg rasa citer aku ni bakal cam x bes je.. korg end kan jela pembacaan korg sampai sini.. sbb ni ayat yg spontan kuar dari pikiran aku..maaf kalau mengguris hati sesiapa dan menyakitkan perasaan kawan2 semua.. huhuhuhu.. ermm tp aku rasa aku x de lak nak tulis ayat2 pedas kat sini, tidak juga ingin melampiaskan kemarahan aku pada sesiapa sbb aku bukan tgh marah pon skang.. tgh hangin baik je ni.. tp saja je wat ayat merapu jap sebagai permulaan.. sbb dah lama x menulis, so rasa cam meroyan nak menulis lak arrkkakakaka… Pernah satu masa ketika beberapa minggu lepas, sorg sahabat aku memberi aku selai kertas bertulis tgn dia yg meluahkan rasa dari hati bahawa pada pendapat, pandangan dan pemerhatian dia, dia rasa, bangsa melayu kita ni, terutama sekali lelaki melayu, kurang, sangat kurang pandai untuk menunjukkan sayang mereka pada wanita yg dia kata dia sayang, dia cinta, dia puja, nak bandingkan dengan lelaki bangsa India, ermm perbandingan dia hanya antara kaun melayu dan India je, x de kaitan dgn kaum lain.. aku terfikir, ye ker? Btol ker? Maka berlakulah perbincangan antara kami kaum wanita, berdua, kat tmpt duduk aku ni je.. Bole la kot nak kata, ramai lelaki melayu x pandai nak menunjukkan rasa sayang mereka aka x pandai nak romantic… btol ker? Hmm btol la kot.. aku bukan x penah jumpe lelaki romantic, pernah, tp x ramai, jarang2.. ahaks.. tu pendapat sahabat tu je.. pendapat korg cemana? Tp aku tgk jugak la.. lelaki India ni mmg caring, mmg romantic, dia punye amik berat tu, even kitorg ni kawan2 pon dial eh nak kasi bunga time birthday.. tp bukan aku yg dpt la.. aku x rapat lak ngan india2 ishi ni.. huhuhu Pernah sahabat ku yg lain, menerima bunga pada harijadi beliau daripada sorg kawan India, then after that br dia dpt bunga dari tunang dia berbangsa melayu, itu pon lepas tunang dia nampak India tu kasi bunga.. tu pon India tu yg keluar belikan bunga untuk tunang tu beri pada sahabat aku tuh.. huhuhu akibatnye, dua bunga yg hampir sama pada hari yg sama.. huhuhuhu.. bunga tu ada kat depan mata aku skang.. tp bukan aku la.. kawan aku tinggalkan lak bunga tu kat sini, dah kering lak.. rasa cam nak kene buang je.. tp x pe la.. since aku pon x de dpt bunga .. biar je la dulu huhuhuhu… Lagi satu kes.. sahabat aku juga bercerita.. sedang mereka berempat jalan2 kat Singapore.. nak lintas jalan, terpaksa meredah divider tinggi sket ahh.. tetiba ade bunyik siren ape ntah, (aku pon x tau aa system Singapore cemana tetibe le hade siren lak) then tgh kial2 nak lintas tu.. pakwe sahabat aku ni leh pecut bile dgr siren tuh.. tinggalkan awek dia kat bakang kial2 nak lintas.. huhuhu, yg romantiknye.. kawan India tu la yg tolong tunggu, tolong tarik ke.. ape ntah.. yg sadis nye pakwe dia tu leh tinggalkan dia.. erkkk x tau aa ape yg jadik lepas tu antara pasangan tu huhuhuh arrkkkakaka.. So pada aku sendiri, since aku x de kawan India yg rapat ngan aku, aku pon x tau ahh.. lg pon sejak aku keje ishi je ni aku jumpe kawan2 indai yg ramai.. kawan cina kureng.. kawan melayu sume laki org.. arrkkakakak x leh nak kacau.. arrkkakakak.. ade pon kalau lom kawen tu.. ske plak carik gado ngan aku.. SIAP KO WAN!! DPT AKU KENEKAN KO.. KURUS KO JADIKNYE NANTI!!.. Kawan2 lelaki melayu lain lak pon x de yg romantic.. iskk x kan diorg nak romantik2 ngan aku lak.. ape kejadah plak ekk.. huhuhu.. tp mekasih la pada kawan2 yg x lupe belikan aku souvenir kalau p melencong2 dan melancong2 tu huhuhu.. maceh aa tu kire romantic aa gak kot.. huhuhu.. Bukan ape, kekadang, perhatian, romantic, caring, ambil berat, tanpa mengongkong, memenjara, menuduh bukan2 ni perlu jugak dalam hubungan.. ada sahabat aku tu dulu, masa tgh bertunang, tunang di asik call je, setiap sejam kene wat report lak aku rasa, sampai cam x leh nak wat keje.. huh.. aku tgk, aku lak yg rimas, bos dah jejeling, mmg la, sape x saspek asik gayut je kat tepon, huhuhuhu kalau dah cam tu, aku pon x mo.. iskk.. rimas giler… silap2 kene tinggal je ngan aku kang, aku tau la.. kitorg keje kat site, tunang dia tu keje jauh gak la masa tuh, kat KL, kot gaknye risau .. kat site ni ramai lelaki, kebarangkalian nak kene kacau, kene ngorat, kene usik tu mmg byk ahh.. dah tu kalau yg ngorat plak sgt ensem, sgt macho, sgt smart, sgt bijak, sgt caring, sgt romatik, sape yg x tergugat ekk.. Tp.. berserah je la setelah berusaha, jodoh sume di tgn Dia.. seberusaha mana pon kite, kalau dah x de jodoh x dpt gak kawen ngan dia tuh.. tp dalam masa sama, try la be romantic huhuhu, bukan ape.. just untuk refresh hubungan tuh… komputer pon slalu di refresh.. ape lg hubungan manusia ni.. =p ngeheheh.. Pada aku plak, dalam seswatu hubungan tu, romantic bukan la seswatu yg paling penting, walaupon ia penting, org kata, nak cari pasangan tu biar la serasi.. sbb hidup antara wanita n lelaki ni saling lengkap melengkapi.. kalau nak serasi.. nurul n ajai pon dah cerai even kite tgk diorg cam serasi bersama.. cam pasangan ideal la kot org kata.. tp jodoh pertemuan di tgn Allah, mmg x leh nak cakap sape salah, sape betol.. mcm aku, kalau dulu2 org tanye, eh kenapa clash ngan mamat tu? Aku pon x reti nak jawab, kalau aku jawab, mesti aku defend diri aku sendiri, padahal kalau dgr mamat tu cakap sure dia defend diri dia.. so better jawab dah x de jodoh kot.. nak sandarkan kesalahan pada sesiapa pon x leh, aku dah alaminye.. aku tau.. Awie ngan arni, pon x tau sape salah.. tgk cam awie yg salah, tp knp hak jaga anak arni x fight pon untuk jaga anak.. knp awie lak jaga ekk.. so dedua salah, gatai nak kawen ramai, tp x tau kalau pompuan ni bukan senang nak bermadu.. ayam madu dia ske ahh, kalau nak hidup bermadu tu, payah sgt la.. Tp.. aku bukan x pernah tgk keluarga yg bermadu ni yang bahagia.. pernah, bukan dalam majalah, tp depan mata aku sendirik.. bini 1st x keje.. kire suri umah, bini 2nd, seorg doctor klinik swasta.. suami mereka bisnesman.. maka di sini terletak kebijaksaan lelaki la untuk mengetuai kuarga tu.. aku pon x menolak poligami.. bende halal. Wat pe kite nak haramkan, sedangkan bende haram apsal kite sesenang nak halalkan.. tp kalau suami tu x pandai, x bijak , x reti, x kaya (penting ni), x adil, x kuat iman, jgn harapla nak kawen ramai.. Ahaks.. klako pon ade bila org tego aku, dia perhati aku ni sorg yg cam aktif.. kalau cakap volume mmg paling rendah pon vol 25 kot.. huhuhu.. kalau bergerak tu, ade je bende yg nak dikacau, kalau gurau tu.. mmg gurau ganas.. huhuhu.. tp dpt lak sorg yg cam cool je, diam je, cam x campo org, cam milih kawan, (uik ni kire kutuk ker? Huhuhu sowi ekk wak.. bukan kutuk ni jap lg saya angkat balik) heheheh =) .. Huh member tu plak pelik.. ape yg peliknye ntah.. dah termaktub dalam AlQuran.. antara pempuan n lelaki ni adalah saling lengkap melengkapi.. untuk kamu bersenang-senang dengannya.. (dgn cara halal aaa) hurmm.. so jgn pasal perempuan/lelaki asik nak jiwa kacau je.. tu x senang namanya.. jgn lak sal pompuan/lelaki korg ask nangis je ari2..tu x senang namanya.. jgn lak sal pompuan/lelaki korg asik penin ari x leh wat keje, tu x senang namanya.. Istilah kata lengkap-melengkapi tu insyaAllah aku pegang.. mana x nye.. org tgk aku ngan dia cam langit dan bumi.. aku sorg yg cam layak masuk group senario, dia lak cam sorg yg layak jadi pembaca berita.. arrkkakakakak org tgk aku ni cam sorg yg ske huha sana huha sini.. dia lak sorg yg cam huhuhuhuhu kat umah je.. =p org tgk aku ni sorg yg aktif.. dia lak cam sorg yg pasif.. tp alhamdulillah, dia la yg paling lama bertahan dgn aku.. yg lain lepas2 tu x sampai setahun pon x pernah sambut anniversary pon.. dgn dia, merasa gak aku sambut anniversary.. ngeheheh kire boleh bertahan aaa.. alhamdulillah, harap2 bertahan hingga akhir hayat.. dah masuk alam barzakh kang kalau x sama pon x pe la.. mana tau aku dpt bidadari yg lg ensem ngehehehe.. panggel bidadari gak ke kalau untuk pompuan? ( tu pun kalau masuk syurgalah.. insyaAllah aminnn) Tp perbezaan antara aku ngan dia ni la aku rasa menjadi seswatu yg lengkap melengkapi.. bila aku dah bising sgt gaknye, dial eh jd peneutral aku supaya x la bising sgt huhuhu.. bila dia senyap sgt aku leh la jd peneutral di untuk lebih bising kalau borak2… bila aku hilang sabar (sbb sabar aku slalu ilang.. nipis sgt tahap sabar aku ni) dia leh jd peneutral untuk aku lebih bersabar.. kalau dia asik bersabar je, aku leh ganti bawak keta supaya laju sket, cepat sket sampai.. huahuahuahua tu pon kalau bawak haiwan peliharaan aku la.. kalau bawak 'bini' dia, sampai dia nak beranak kot br kasi aku bawak arrkkakakakaka… Bila aku malas2 dia leh jadi peneutral aku untuk rajin, atau pon dia yg rajinkan diri, sbb aku mmg dari azali dah ade penyakit malas ni.. x de ubat lak.. arrkkakakaka.. kalau dia rajin sgt.. aku leh tolong pimpin dia p kerusi osim (kata awak nak beli ekk.. kan kan? Kan? Kan?lalalal..lalalalllala) biar kerusi tu urutkan dia arrkk sbb aku pon malas nak urut ngeheheh.. Bila aku rajin nak p jalan2 soping dia lak malas nak jalan2 soping.. aku leh paham.. mesti sbb dia penat.. so aku leh je mintak dia wakilkan kad kredit dia untuk soping sama ngan aku.. arrkakakakak.. kan kan? Kan? X kisah la.. kekadang perbezaan tu bukan penghalang untuk berhubungan.. lain la kalau dah terlalu berbeza.. sampai x sekufu.. hmm tu aku no komen ahh.. x kan siti nurhaliza nak kawen ngan atok aku yg skang ni sedang membujang … tu mmg berbeza.. dan tidak sekufu… x leh jadik la kot kalau cenggitu.. arrkkakakak.. sbb segala seswatu yg org anggap lain.. bila kita amik pozitif.. insyaAllah akan jadi positive.. Life is short… so make it sweet.. jgn plak bile kite pandang bakang.. segala kenangan yg kite tgk.. hampeh.. x de yg bes lak.. sian kan.. cemana nak idop kalau penuh ngan kenangan x bes.. akibatnye.. nak pandang masa depan pon takut.. x semua lelaki sama, x semua perempuan pon sama.. sbb dulu aku penah pk, ahh lelaki ni sama je.. busan… penat.. lelah.. mmg x perlu lelaki pon, tp bila pk2 balik.. jahat lak aku ni.. kenapa aku x bg peluang kat lelaki lain untuk buktikan lelaki ni x semua sama.. kalau sama pon, masih ada yg lain.. then sikit2 aku bukak ruang untuk lelaki.. so.. para lelaki yg slalu mengungkapkan yang 'ahhh perempuan ni semua sama' tu jgn selfish sgt, hihihihi.. ape daaa… mak hang pon perempuan ape.. sama gak ker? Huhuhuhu Bak kata p. ramlee.. 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri…' org yg blom kawen ni lg byk godaan..dari bile dah jd suami isteri (aku rasa la.. kan kan?) yg penting setia… bape byk pon kawan pompuan/lelaki yg kite ada, yg penting kalau dah setia.. insyaAllah x de kes curang.. kalau x jujur pon x pe.. erkk.. maknanye aku bukan ske ditipu.. aku pon x ske kalau kene tipu, tp kalau nak tipu aku biar la aku x tau sampai mati arrkkkakaka.. sbb kalau aku tau sure aku pon marah sbb kene tipu huhuhuhu… Uik byk lak aku bebel.. sbnrnye nak citer sal romantic je.. ni sampai ke ujung langit lak aku citer.. 4 pages word lak tuh huhuhu..ok la gua chiow dulu aa beb.. gua nak balek dah ni.. langit pon dah mendung tanda nak magrib dah… Hiduplah dengan aman.. daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 4:57:18 pm bertarikh
Saturday, November 04, 2006(4) komen dah ade??? perghh! TaMaN LaNgiT ..:: BLUES HARI INI ::.. Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart
Pecinta Wanita - Irwansyah lyrics ku temukan dalam pencarian ku tak mau menjanjikannya Chorus: aku memang pencinta wanita ku tak mau menjanjikannya Chorus kamu memang pecinta wanita Chorus pecinta wanita
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 6:35:31 pm bertarikh
Thursday, October 12, 2006komen la ikot sukati korg TaMaN LaNgiT ..:: TENTANG REALITY YG PUNAH ::.. Kesal drama Melayu turut tonjol adegan seks keterlaluan
SAYA sependapat dengan Norwani Ahmat (Forum, Utusan Saya telah menonton iklan syampu yang dimaksudkan pada minggu lepas dan agak tidak selesa dengan adegan seorang wanita membelai pasangannya. Tidak adakah cara lain yang lebih sopan untuk menonjolkan kelemumur di kepala? Adakah pembikin filem iklan kita sudah ketandusan idea atau amat terpengaruh dengan budaya barat yang bertentangan dengan adat, budaya dan agama kita. Saya berbangga dengan iklan terbitan Petronas, Telekom, TNB dan Proton dan beberapa syarikat gergasi tanah air bersempena Hari Kemerdekaan dan lain-lain perayaan. Mereka membuktikan bahawa kita boleh menerbitkan iklan yang bermutu, bermesej dan menarik tanpa mengeksploitasi unsur-unsur negatif. Apa yang dikesali, kini bukan sahaja iklan, tetapi terdapat drama tempatan termasuk drama Melayu juga telah menonjolkan adegan seks yang agak keterlaluan. Sebagai contoh drama yang disiarkan oleh RTM, Janji Diana terbitan Skop Production pada minggu lepas telah menyiarkan adegan panas di atas katil antara sepasang remaja. Dalam adegan itu, Diana menangis setelah menyedari dirinya diperkosa. Teman lelakinya tanpa memakai baju memeluk erat untuk menenangkan Diana yang hanya berkemban. Perlukah adegan yang terlalu intim ini? Saya berasa malu ketika menonton drama waktu perdana itu bersama anak-anak dan kedua-dua mertua saya. Jika tahu lebih awal, sudah pasti saya akan menonton National Geographic, Animal Planet atau Discovery Channel. Saya berharap Datuk Yusof Haslam hendaklah mengambil kira sensitiviti penonton di rumah, terutamanya masyarakat Melayu yang masih berpegang kuat pada agama, adat dan budaya. Filem tempatan juga tidak ketinggalan. Contohnya filem Remp-it mengandungi adegan-adegan panas yang pada pendapat saya hanya memberikan impak negatif kepada penonton terutamanya remaja. Bagaimana saya hendak membawa seisi keluarga menontonnya? Saya berharap dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia, semua stesen TV dapatlah menyiarkan rancangan yang lebih sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Dan yang lebih penting, pihak kerajaan hendaklah mengawasi dan menghalang perkembangan ini secara menyeluruh. Jika tiada pihak yang menegur dan mengawal, dibimbangi fenomena akan menjadi satu nilai yang diterima oleh masyarakat Akhirnya daripada adegan berkemban, akan merebak kepada adegan yang lebih 'berani' kerana tiada siapa yang ambil kisah lagi. – ANTI PENCEMARAN BUDAYA, Klang, Selangor. Salam.. Bukan x berbuih mulut org bercakap.. bukan hanya satu medium yg telah digunakan untuk bersuara.. x de la yg ramai sgt menyokong pembikinan iklan, drama, filem yg mencemarkan budaya (selain org yg berkecimpung dalam pembikinan itu sendiri dan pencium2 a$$.. mueheheh).. tapi, pihak bertanggungjawab, pihak berkuasa, pihak yg telah diberi kepercayaan untuk menghalang, menapis nak menyemak, cume jadi 'semak' .. macam x reti nak bezakan mana baik mana buruk.. huhuhu.. ntah la.. macam akak kat atas tu cakap.. kalau aku pon, kalau aku ade anak, cemana aku nak kasi diorg tgk tv dengan harmoni, bile kite risau je ape yg akan dipaparkan di kaca TV.. bile nak tgk drama, ade aksi merapik meraban, aksi biru kunin ditayang sesukati.. ini sudah tidak bole jadik! Hmm.. x Pihak2 media segelintirnye, macam x sensitive dgn masyarakat… sekarang, dah mudah nak dpt bende2 x senonoh, dr cd, mms, hp, video, majalah, internet, TV,.. Hurmm diorg bole kata, "face it la.. dah mmg masyarakat kite ade yg bertindak macam tuh, mmg dah ramai bohsia, mmg dah ramai pelacur, mmg cerita Gubra (contohnya) tayangkan ape yg terjadi pada masyarakat skang.. ape yg korg x bole terima? Jgn la nak hipokrit, tunjuk baik, padahal masyarakat mmg dah rosak".. ade yg kata, "saya mmg menyokong pembikinan filem2 yg macam Gubra.. x hipokrit.. mmg x de masyarakat yg baik lg skang.. mmg semua pompuan pon dah macam Nani dlm Gubra tuh, ske main gentel2.. so ape nak melenting? Nak marah2 pengarah gubra? Nak kata filem mencemarkan budaya..?" "org2 yg duduk bawah tempurung je x mau terima hakikat Zaman sekarang dah lain dgn Zaman dulu, Zaman skang, manusia makin open, x kisah nak citer pasal tempat tido kat org lain, macam dalam filem gubra, rempit.. hmm bagusla diorg buat filem macam tuh, biar org lain sedar, skang mmg Zaman dah berubah, memaparkan reality hidup Zaman skang.." Seriesly, aku mmg penah tgk filem Gubra ni lagi, seram aih, dengar je dah seram, nak tgk? X de pasal… dpt vcd free kot br tgk, tp takat ni, x de lak kwn2 aku yg cakap penah tgk gubra, dan aku pon x penah bincangkan hal gubra ni ngan diorg, sbb rasa2 diorg x tgk kot filem mesia.. dan mereka pon bukan kaki wayang, kaki keje byk aaa.. muehehe… so jgn lak kata, "eleh, belom tgk gubra, rempit, gol dan gincu… dah nak komen lelebih, pegi la tgk dulu br komen..!" huh, kalau aku dah tgk agaknye, x sesopan ini aku menulis n3 kali ni, mueheheh.. kang kuar lak sumpah seranah kat yasmin, idham ngan pengarah gol gincu tuh sape ntah… Kenapa agaknye mereka meng ia Cerita pasal rempit lak, mmg aku risau sgt, dengan Putera UMNO yg nak wat perhimpunan mat2 rempit seramai 50 000 org, hurmm terlalu risau skang, risau sgt2.. bile baca news, tambah risau, kebebasan pergaulan sudah tentu.. jgn la nanti ade yg buang baby 2-3 bulan lepas perhimpunan ni.. huhuhuhu Ok berbalik pada reality hidup yg telah difilemkan, hmm x yah kite tgk jauh la.. sini je, area JB, Pontian, kukup, tg balai, batam… link yg sungguh menarik Then bagi org nak makan angin sket, leh pegi tg balai, Hmm aku bukan ape, cakapkan org sini2 ni, yg dah kawen, lom kawen semua sama naik.. ape sgt la nak diurutkan tu ntah la.. cube la yg dah kawen tuh, yg pegi berurut tu, membayangkan plak, kalau bini depa plak pegi berurut ngan lelaki muda.. cemana? Hmm selfish..! (sbb jawapan korg sure 'x suke' Uik, terbabas lak sampai citer urut mengurut ni.. bukan ape, dah kata nak citer sal reality.. aku citer la reality masyarakat aku ni. Huhuhu padahal kalau bini yg urut, x yah nak kene bayar, x yah gado2 kalau kantoi ngan bini pegi urut kat kedai urut, x de la nak dapat dosa kering sbb bersentuhan ngan awek mengurut tuh lama2.. bukan darurat pon, bukan x de wak tukiman, pak manap, yg bole tolong urut… hmm.. biar la.. kubur masing2 agaknya mereka ingat, tp kalau skali kene tsunami, kubur pon bole kongsi 40 org satu lobang.. Berbalik plak lagi pada siaran tv yg ntahape2.. aku macam nak hentam menteri2 yg berkenaan, aku cam nak marah pesatuan2 penapis bahan yg bakal di siarkan kat tv.. penapis tu kai tapis ape sampaikan semua yg menyakitkan mata bole terlepas kuar tv? Ape peranan org2 tv? Dalam satu masa, tayangkan siaran 999, yg suke menghambat org2 yg salah, tp dalam masa lain, mereka menjayakan rancangan award2 yg terdiri dari artis2 yg suke berkemban je untuk dtg ke majlis tuh.. Aku pernah dpt email forward by some frens yg tunjuk kat jepon diorg tangkap gambo candid sorg lelaki ske selak skirt gal yg kai skirt pendek, then, tarik suar kecik lak, ade lagi tayangan yg ske tarik tiub gal jepon yg ske kai tiub je jalan2.. nampak la ape yg x patut dinampak.. korg pon mungkin penah dpt Arkkkk melalut lagik.. citer balik sal reality.. skang kat tv pon dah byk citer reality.. reality yg menyanyi2.. reality yg nak kawenkan org pastu x jadik lak, reality nak cari keje, reality yg byk x real.. bosan.. bosan giler, lagi2 realiti yg menyanyi2 tuh.. adoi laa.. media, macam x rasa bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat la.. didikan ade tp kerosakan yg dibawa lagi byk lak.. adoi.. huk huk huk.. kekadang aku nak gak tgk mesia wat rancangan cam tv Singapore, Brunei, yg antara reality tv nya menjurus kepada pendidikan, tv Singapore contohnya .. ade yg wat kuiz siapa kanak2 paling genius, dalam semua subjek.. tp mesia, cume ade kuiz 'sempurnakan harimu' berkisar pasal hiburan.. yg soklan nya antaranya, "namakan artis tersebut" bukannya "namakan pemimpin Negara tersebut yg telah membina empayar uthmaniah" huh.. ade rancangan dari Singapore juga (mengambil contoh yg baik je dari Singapore, sbb tv indon pon byk yg melalaikan la plak) memaparkan aksi debat secara sihat dan berilmiah antara student Singapore ngan Brunei.. atau bole wat rancangan reality tv mencari saintis muda di kalangan rakyat mesia.. Hmm.. ini tidak, berita warga mesia nak pergi bulan duduk page 5 dalam surat kabar, berita harga kek siti kawen muka depan skali, padahal, bukan sedikit 95juta yg kerajaan banje gune wit rakyat nak anto 2 org rakyat mesia p bulan.. Aku sbnrnye dah lama x bebel.. skali aku dpt bebel.. 4 pages pon lom tentu muat ni.. perasaan aku sgt risau pada generasi akan dtg.. keturunan aku.. takut dgn kesilapan sket je.. nanti lepas aku mati, x de org yg ingat nak sedekah fatihah untuk aku.. ni belom aku bebel sal, America yg sombong dan bongkak dajal tuh, aku lom komen sal, kehangatan citer lina joy.. belom sentuh rampasan kat Thailand.. kang byk lak aku nak bebelkan diorg nih.. ahaks.. pasal politik plak x yah la nak sentuh, kang x pasal2 blog aku kene ban lak.. kang x dpt nak bebel lagi lak.. kang kalau korg windu aku cemana? X dpt nak tgk aku bebel byk2 cam ni kang.. hurmm.. Kalau korang rajin, nak tgk org yg ske mewayangkan reality, leh p kat yasminthestoryteller.blogspot.com kalau nak yg kontra nye leh pegi kat tehranifaisal.blogspot.com dan korg ade akal untuk menimbang mana baik mana buruk.. kadang2 rasa takut lak nak menghadapi masa depan.. dan, untuk hadapi masa depan, kite kene tgk masa kat belakang.. kalau masa kat bakang pon x leh jadi pengajaran.. sure masa kat depan tu gelap… bg aku, aku x tau la, kat depan aku tu terang ke gelap, doa aku sehari2 semoga terang benderang dan dilindungi.. tp reality hidup, x de lak doraemon nak bawak aku p masa depan .. so aku cume berbekalkan doa2 aku.. dan harapan aku.. pernah terbaca dalam forum utusan, sahabat tu berkata "Rasulullah pon diutus untuk memerangi kebiasaan masyarakatnya yg sesat.. maka jika filem2 yg mencemarkan budaya itu dianggap reliti, kenapa harus diteruskan.. ia harus dihentikan" lebih kurang cam tu la kot dia cakap.. Dan sekarang, mustahil la ade Rasul lagi.. so peranan org yg sedar akan tanggungjawab la plak kene lebih.. berat kan jadi pemimpin? Berat jugak kan tanggungjawab media? Berat jugak kan tugas ulama' .. dan aku disini pon mempunyai tugas, tanggungjawab, peranan dan beban yg berat… tp, aku ni macam masih lalai, kenapa ekk? Macam lom complete, macam ade yg dirisaukan, hmm.. mcm lom tenang, ade yg hilang, tgh carik.. tp ape pon aku x tau.. x tau ape yg ilang, x tau ape yg aku carik, x tau kenapa risau, ermmm.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… lom bayar utang PTPTN kot.. sbb tu cam x selesa je.. ermm atau mungkin ade yg lain.. ade ni yg lain.. ermm nanti aku muhasabah lagi ekk.. tp mmg yg utama sbb AKU LOM MAMPU NAK BAYAR UTANGGGGGGG …. Arrrkkkk.. pon ade lagi nazar yg belom tertunai.. adoi .. byk lak hutang.. patut la.. waaaaaaa nak balik… dah kol 5.. sume org pon dah balik lak ni.. iskk.. so.. salam.. *semoga kejahilan akan runtuh, yg musyrik akan kalah, dan Islam kembali gemilang..
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 5:26:57 pm bertarikh
Saturday, September 23, 2006(1) komen dah ade??? perghh! TaMaN LaNgiT ..:: PENING KALA TERSEPIT ::.. Salam.. Hmm.. penat sungguh jd aku yg tersepit dan terhimpit.. penin.. bile dlm keadaan mcm ni mule la pk nak wat puisi.. muehehehe.. saja puisi luahan hati.. tp jiwa belum berlagu lagi.. X pe la.. semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat aku.. Dia je yg paham aku sungguh2.. aku tau, Dia tgh susun yg terbaik untuk aku.. aku je yg slalu lalai pada dia.. Ampun kan dosa2 aku Ya Allah.. aku tau aku bukan khalifah yg baik.. huhuhuhu.. Semoga aku dpt jalani ujian, dugaan atau balasn yg Kau berikan pd aku..
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 4:56:13 pm bertarikh
Wednesday, September 13, 2006(4) komen dah ade??? perghh! TaMaN LaNgiT ..:: KORG BAIK KAN? TOLONG AKU LEH X? ::.. Salam.. hmm aku belum ada mood lagi nak menulis n3.. sbb x de masa plak skang.. bz.. bz ngan keje.. bz ngan email huhuhuhu.. sowi aa.. tp ni aku ada satu perkhabaran nak bgtau korg semua.. yg mana.. henpon aku rosak kemarin.. bile dah betulkan.. data dalam tu semua ilang.. x semua laaa.. aku pon x tau aa .. pic galeri x empty plak.. massage x ilang plak.. tp nombor kontek semua ilang.. kosong.. empty.. argghhh ilang mood aku trus mlm td.. bengang.. can patah kaki plak dah.. huhuhuhu.. so disini aku nak jasa baik korg yg still nak kawan ngan aku.. kasi la semula no tepon korg tuh.. kalau korg lebih baik hati.. hantar je la bisnes kad.. kat hp tuh.. kalau x.. payah gak.. ngan aku yg x de masa ni.. pastu korg anto sms.. x ter edit aku nanti.. kalau korg yg baik hati ni anto biz kad je.. aku tinggal save je.. korg baik kan? kan? =) terima kasih la kerana sudi meringankan beban haku.. bye..
AkaneTendo seorang gadis yang sangat chomel menulis pada 9:37:23 am bertarikh
Thursday, September 07, 2006komen la ikot sukati korg TaMaN LaNgiT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||